Tuesday, June 5, 2012

New World, New Life

3 bulan. Angka tu macam sikit kan. Baru 3 bulan berada di bumi yang asing ini, pelbagai pengalaman dan kenangan pahit manis yang dah dapat dekat sini. Serious tak penah terfikir pun satu hari nanti akan jejakkan kaki ke Korea apatah lagi sambung belajar di sini. Tak pernah terfikir pun daripada seorang budak sains tulen akan berubah menjadi budak seni. Hmmmmm. Memang Allah adalah sebaik-baik perancang kan. Kita siapa untuk menolak keputusan Allah. Sungguh Allah lebih Maha mengetahui apa yang terbaik untuk diri ini. InsyaAllah.

Mungkin orang akan cakap, "Elleh, baru tiga bulan. Awak tu ada lagi 5 tahun nak tinggal kat Korea tu ha (InsyaAllah. :D), banyak lagi benda yang awak akan dapat, perkara yang awak akan hadapi, ujian yalajarng akan awak lalui". Ya, betul. Tak dinafikan perjalanan aku memang masih panjang, tapi tempoh 3 bulan ini sudah memberi aku gambaran betapa susahnya hidup di negara orang tanpa keluarga yang sentiasa berada di sisi, betapa beratnya tanggungjawab aku sebagai seorang muslim yang hidup di negara yang majoritinya tiada agama dan betapa besarnya tanggungjawab untuk berdakwah kepada mereka agar tak disoal di akhirat kelak. Ya Allah, berat. Sangat berat.

Bila difikirkan semula sebenarnya muslim dimana pun mereka berada, tanggungjawab untuk berdakwah tu tetap berada di atas bahu mereka. Mahu ataupun tidak. Susah ataupun senang. Setiap muslim mempunyai tanggungjawab tersebut.

Selama 3 bulan ini jugalah aku mula belajar bersama-sama orang Korea. Melihat sendiri betapa gigihnya mereka berusaha dan betapa tekunnya mereka bekerja dalam mengejar cita-cita. Satu perkara yang membuatkan aku kagum dengan mereka ialah sikap sentiasa berusaha dalam mengejar cita2. Kalau nak bandingkan dengan aku, memang tidak sampai pun tahap kerajinan mereka. Sanggup dari pagi sampai ke malam belajar. Mereka hanya berusaha mengejar posisi di dunia sahaja. Menganggap bahawa posisi di dunia adalah segala-galanya. Nauzubillah. Semoga aku tidak menjadi seperti mereka. Obsesiku untuk mengejar syurga. InsyaAllah.

Lepas 3 bulan belajar melukis dekat Korea ni Alhamdullillah, skil lukis makin bagus. Daripada budak yang tak reti nak pegang pensel, tangan keras, sekarang ni boleh la nak lukis ikut gambar *walaupun tak sama   ㅠ,ㅠ* nak warna sikit2, shading situ sini sikit2. T,T . Takpa2, Perjalanan aku masih panjang lagi. Boleh buat latihan lukis *kene byk lukis 안돼 ...... ㅠ,ㅠ* 괜찮아, 열심히 하겠어! 파이팅!


macam Obama pun ada ㅋㅋㅋ

awal2 masuk kelas *buruk* 


first attempt in colouring

sebab buat lukisan ni 

tangan jadi macam ni for three days straight ㅠ,ㅠ

dapat kucing baru.hehe


satu hari nanti nak lukis macam ni.insyaAllah



p/s: this is only a part of my life in korea. insyaAllah, akan diupdate lagi :)

5 comments:

  1. nais syaza naaaaaaaaaaaisseeeeee
    subhanallah chanteque..
    isy ana jeles nih.. wuhuhu
    nayy nayy, mana pun kita berada
    alhamdulillah suma dah dalam susunan Allah.
    very eager to know more abt ur life there.
    keep on updating dear, missyou!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo nt tgk bdk korea lukis 2-3 kali ganda lagi cntk.huhu.mmg sebijik mcm gmbr.insyaAllah,ana update bebyk ek.hehe
      miss u too!

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. masyaAllah,
    awesome syaza. chantekk!!

    keep on updating dear - tiru ayat didi :D

    ReplyDelete
  4. syaza yeppo~ aimi ni.. em, betapa dasyatnye kesan Carbon pd tgn nt kan. hehe.. kuatkan diri syaza,ana doakan yg terbaik utk nt insyaAllah..ana pun dpt rasakan Allah ingin bg ptunjuk yg lbih baik utk ana mgkn di luar jangkaan ana.. mungkin ana beralih ke arah engineering insyaAllah;) saranghaneun, jungmal bogoshipda <3

    ReplyDelete