Saturday, June 2, 2012

Forever. InsyaAllah :')

Bila da start sibuk mula rasa bersyukur dengan masa yang ada dulu. Kadang2 rasa terkilan pun ada. Bila sibuk, masa untuk spend time dengan kawan pun kurang, masa untuk diri sendiri pun kurang dan yang paling terkilan masa untuk Allah pun jadi kurang. Sedih. Sangat sedih. Betul la kan 5 perkara sebelum 5 perkara. Dan sekarang aku telah hilang satu perkara iaitu masa lapang sebelum sempit.

Setiap hari tengok orang Korea bergegas ke sana ke sini, mengejar masa. Tapi perasaan sedih dan kesian timbul sebab mereka hanya berusaha dan bekerja keras untuk mengejar dunia sahaja. Kalau ditanya soalan apa tujuan hidup kepada orang Korea, mereka sendiri tak tahu nak jawab apa. Obsesi mereka hanya untuk mengejar dunia.

Ya Allah walaupun aku sibuk, aku berdoa sangat diberi kekuatan dan kesabaran yang sangat tinggi untuk melakukan ibadah dan meluangkan masa untuk Mu. Penat macam mana pun sekecil-kecil ibadah tu aku akan usaha untuk buat.

Hari ni masa usrah dapat satu beban yang sangat berat. Boleh ke aku pikul, boleh ke aku teruskan. Ya Allah,da cuba nak kuat. Betul. Tapi perasaan takut tu masih ada. Akak usrah aku cakap kalau kita letakkn obsesi kita nak syurga insyaAllah tanggungjawab seberat mana pun, kita boleh pikul. Allah akan tolong tapi Dia nak tengok kita usaha dulu. InsyaAllah 화이팅! Biar kita jadi kumpulan yang bangkitkan balik islam. InsyaAllah. 

Awak, sama2 tau. Kita sama2 letakkan obsesi kita nak syurga. Ada sebab kenapa Allah masukkan kita dalam bulatan ni, kenapa Allah hantar kita dekat negara yang majoriti orang nya tak paham pun islam tu apa. Ada sebab kenapa aku di sini bukan di tempat lain. Awak, bantu kita tau. Kita perlukan sokongan. Macam teah cakap, nak sangat bayangan kita main sama dekat syurga, tinggal sama2 dekat tu jadi realiti. Sangat. MasyaAllah best nya. Tak terbayang nikmat nya bila dapat sama2 kat syurga. Biar kita usaha sama2 supaya nanti kat akhirat kita boleh jawab soalan yang akan ditanya. InsyaAllah :') <3

batch 12



batch 16. rindu mereka <3



"Don't walk in front of me, I may not follow; Don't walk behind me, I may not lead; Walk beside me, and just be my friend."
Kawan dunia akhirat, InsyaAllah.. :) - Ezan Lazip (curi jap ek) 

6 comments:

  1. to enter the jannah together is the greatest dream ever. can't imagine it without u in the picture.

    doakan kite semua kuat. sntiasa ade sebab knp ana xg korea, tp nt yg pergi. semuanya ade sebab. sebab kte di'pisah'kan utk mbawa kalimat Islam yg kite junjung sgt2 ke merata dunia nie..

    luv u syaza! luv u lillah <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. i can't imagine it without u in the picture to syi! <3

      insyaAllah sentiasa doakan.n doakan jgk untuk umat islam kt syria n mesir.insyaAllah walaupun bnde tu satu tugas yg berat but do pray that i can carry the burden.

      luv u syi!lillah <3

      Delete
  2. Obsesi terhadap syurga, masyaAllah besar cita-cita yg kita kena kejar, bukan setakat dunia!
    Thanks syaza ingatkan. Sentap :)
    Yeah, to enter the jannah together is the greatest dream ever.
    Uhibbuki fillah syaza dan shee!

    *miss u so much syaza!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ur welcome.insyaAllah same2 masuk syurga.
      uhibbuki fillah abadan abada

      miss u too la huda!

      Delete
  3. Assalam syaza:-) aja2 fighting k. Nt, ana n rkn2 lain semuanya menghadapi mehnah dunia tp dgn cara yg berbeza. Sbab Allah nk kte mengalami cerita n pnglmn hdup yg berbeza supaya kta mnjadikn kisah hidup kta sbgi pngajaran utk org lain dan kita jgk kna ambl iktibar dpd pnglmn hdup mereka. Sharing is needed in our lives. Nti cerita la mcm2 coz i really enjoy it. Uhibbukifillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah.nak cter mcm2 la ni.tp xpndi nk bercerite.haha.lgpn skrg sebuuuuuk sgt.huh.nnt ade mase insyaAllah ana tulis :)

      Delete